fbpx
HAKIM DANISH (dua dari kiri) pada majlis pengumuman pasukan Moto3 wildcard di Litar Antarabangsa Sepang kelmarin. - ZK RACING

Hakim Danish bawa kru terbaik di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli bakal berdepan ujian cukup getir dalam kariernya ketika membuat penampilan sulung Moto3 dengan tiket wildcard di Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang minggu depan.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang arif dengan selok-belok saingan Moto3, realistik mengenai peluang pelumba berusia 18 tahun dari Terengganu itu dan menegaskan harapan untuk melihat kemenangan sulung adalah satu sasaran yang amat sukar dicapai.

Menyedari tekanan hebat bakal dihadapi, Zulfahmi mendedahkan langkah strategik membawa kru peribadi Hakim Danish daripada Red Bull MotoGP Rookies Cup serta dibantu mekanik dari Malaysia bagi memastikan kestabilan mental dan emosi pelumba muda itu.

“Jarang ada pelumba datang kali pertama dan terus menang, mungkin hanya beberapa dari Sepanyol atau Itali. Sudah tentu kita mahu yang terbaik dan melihat Danish kompetitif di barisan hadapan, tetapi untuk menang memang sukar.

“Namun, kita tidak tahu jika keajaiban berlaku. Mungkin hujan atau Danish sangat serasi dengan jentera pada hujung minggu perlumbaan nanti.

“Penampilan wildcard ini adalah satu hadiah selepas meraih tempat ketiga dalam Red Bull Rookies Cup. Ini bukan perlumbaan untuk merebut kejuaraan, jadi saya harap dia gembira menunggang tanpa tekanan.

“Dia sedar tekanan ke atas dirinya punca kesilapan sebelum ini. Tugas kami memastikan dia tidak terlalu tertekan dengan sorakan penonton sehingga menjejaskan perlumbaan,” katanya.

Hakim Danish akan menggunakan jentera 2025 diimport dari kilang KTM di Austria, setaraf dengan pelumba-pelumba handalan lain di grid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI