fbpx
SLOT perlu menyiapkan strategi terbaik menjelang aksi menentang United selepas lima pemain berdepan isu kecederaan dan kecergasan. - AFP

EPL: Liverpool dilanda krisis kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot berdepan krisis kecederaan menjelang pertembungan tumpuan menentang Manchester United di Anfield hujung minggu ini apabila lima pemain utama dilaporkan berdepan masalah kecergasan.

Pertemuan musuh tradisi itu bakal menjadi ujian besar buat pengendali baharu Liverpool itu yang kehilangan beberapa tonggak utama termasuk dua pemain baharu pasukan.

Pertahanan tengah, Ibrahima Konate menjadi antara kebimbangan utama selepas terpaksa dikeluarkan ketika tewas kepada Chelsea akibat kecederaan paha, sekali gus terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama Perancis.

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka menjalani ujian kecergasan lewat bagi menentukan sama ada sempat diturunkan menentang United, namun Slot dijangka tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap tahap kesihatannya.

Sementara itu, Ryan Gravenberch yang sebelum ini beraksi di posisi pertahanan menggantikan Konate turut diragui apabila dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika Belanda menewaskan Finland dalam aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

“Ryan beritahu dia ada sedikit masalah pada hamstring. Jadi, kami tidak mahu ambil risiko dan menukarnya lebih awal,” jelas Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman.

Gravenberch pula menegaskan keadaannya tidak serius, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak kecederaan berulang.

The Reds sebelum ini turut kehilangan penjaga gol utama, Alisson Becker akibat kecederaan hamstring dan pemain baharu, Giovanni Leoni yang bakal berehat sepanjang musim selepas mengalami kecederaan lutut serius selain Wataru Endo juga berdepan isu kecergasan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN