fbpx
Hussein.

Sindiket dadah ubah taktik, bergerak dari Pantai Timur ke utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Sindiket pengedaran dadah kini dikesan mengubah taktik menggunakan laluan di kawasan utara semenanjung selepas pihak berkuasa memperketatkan kawalan di negeri-negeri Pantai Timur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siri serbuan sebelum ini, Pantai Timur sering menjadi laluan utama sindiket untuk membawa masuk bahan terlarang itu ke negara ini.

“Namun apabila kawalan dan pemantauan di lokasi berkenaan dipertingkatkan, sindiket mula beralih ke bahagian utara.

“Sindiket ini sentiasa berubah-ubah (lokasi), kejap di Pantai Timur, kejap di utara. Mereka akan ambil peluang bila ada pihak yang leka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Menurut Hussein, risikan pihaknya mendapati sebahagian sindiket menggunakan laluan sah untuk membawa masuk dadah, manakala selebihnya memilih jalan tikus atau laluan gajah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Apabila kawalan di darat diperketatkan, mereka akan beralih ke laut menggunakan kapal nelayan atau bot bagi menembusi sempadan negara,” ujarnya.

Katanya, sindiket dadah kini beroperasi secara meluas dan tidak tertumpu di satu-satu kawasan kerana mempunyai rangkaian besar yang merentasi beberapa negeri.

“Mereka mempunyai jaringan dan bergerak secara bersindiket. Ada yang bekerjasama antara satu sama lain, malah ada juga yang beroperasi secara solo bergantung kepada keadaan pasaran dan permintaan,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa akan terus memperkukuhkan kawalan di sempadan bagi menutup sebarang ruang kebocoran yang masih dimanfaatkan sindiket bagi membawa masuk dadah ke negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI