fbpx
Anwar ketika berucap merasmikan AEBF-25 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang ini.

PM akan buat keputusan segera isu jenayah libat pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan kerajaan akan membuat ‘keputusan segera’ berhubung beberapa insiden jenayah serius melibatkan pelajar sekolah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, selepas beliau mengadakan perbincangan awal bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta beberapa pegawai kanan hari ini.

“Esok kita akan berbincang dengan Kabinet secara terperinci.

“Tadi saya sudah berbincang sedikit dengan Menteri (Fadhlina Sidek) dan beberapa orang, esok kita buat keputusan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang ini.

Anwar diminta mengulas mengenai siri jenayah membabitkan pelajar sekolah yang mengejutkan negara, termasuk kes rogol bawah umur dan pembunuhan pelajar perempuan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Terdahulu hari ini, Polis Diraja Malaysia menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki dari sebuah sekolah di Baling, Kedah, selepas disyaki terbabit dalam kes rogol bawah umur.

Siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan hubungan seks, termasuk secara berkumpulan, antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah.

Sebelum itu, negara dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut dibunuh oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Susulan itu, Fadhlina memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek berkaitan kes tersebut disiasat secara tuntas, telus dan adil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI