fbpx
Mangsa maut terjatuh dari sebuah pangsapuri di Jelutong, semalam merupakan lelaki bujang dan tinggal bersendirian.

Lelaki maut terjatuh pangsapuri tinggal sendirian, masih bujang – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan mangsa yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jelutong di sini, malam semalam merupakan lelaki berstatus bujang dan tinggal bersendirian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa berusia 55 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan parkir motosikal di perkarangan pangsapuri berkenaan dengan pelbagai kecederaan di seluruh badan.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 7.16 malam. Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan lelaki berkenaan berstatus bujang dan tinggal bersendirian,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau lagi, pemeriksaan lanjut di tingkat 12 pangsapuri tersebut turut menemui beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa.

”Bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang hari ini mengesahkan punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI