Pertandingan Memancing Cabaran Sungai Kinta 2025 telah dianjurkan oleh pihak Masjid Toh Puan Besar Hatijah. Pertandingan itu merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan ikatan ukhuwah dan silaturrahim antara kariah serta masyarakat di sekitar Batu Gajah, Perak. Acara ini telah diadakan pada 5 Oktober lalu dan tempat dipilih adalah kawasan sekitar jambatan Kampung Pisang kerana lokasinya yang hampir dengan masjid serta keadaan tebing sungai selesa kepada peserta. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu ‘Kategori Pemancing’, pemenang akan dinilai melalui tangkapan ikan terberat……