fbpx
Gambar hiasan

‘ASP Rashid’ arah cikgu pencen beri nombor pin kad ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan miliknya bernilai hampir setengah juta ‘lesap’ selepas terpedaya dengan sindiket ‘scammer’ yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa iaitu wanita tempatan berusia 71 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian, kelmarin.

Katanya, mangsa mula dihubungi suspek ketika sedang berada di kediamannya di Bandar Dato’ Onn, di sini pada pukul 3 petang, 29 Ogos lalu.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintenden Rashid dari Bukit Aman sebelum memaklumkan mangsa terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram dan wang simpanan mangsa perlu disiasat.

“Kerana takut, mangsa mengikut arahan suspek untuk meninggalkan kad ATM beserta nombor pin di sekitar Bandar Dato’ Onn yang didakwa bertujuan untuk membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, mangsa hanya menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarganya sebelum membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati terdapat 36 kali transaksi pengeluaran berjumlah RM490,000.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis setelah mendapati kesemua wang simpanannya hilang. Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai anggota polis,” ujarnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI