fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan kejadian berkenaan, baru-baru ini.

KDEB Waste Management kena surat tunjuk sebab, permohonan baharu dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 13 Oktober lalu kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

Tindakan itu dilakukan susulan insiden kemalangan yang melibatkan sebuah lori syarikat itu di Plaza Tol Batu 14, Puchong pada Jumaat lepas.

APAD menerusi kenyataan memaklumkan, juga akan bertindak tegas dengan membekukan semua permohonan baharu oleh KDEBWM sehingga siasatan selesai dilakukan.

“Siasatan intensif sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah penambahbaikan diambil.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran syarat lesen, tindakan penggantungan atau pembatalan lesen boleh dikenakan mengikut Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715],” kata kenyataan itu, hari ini.

APAD menegaskan, apabila melibatkan aspek keselamatan tiada sebarang kompromi akan dilakukan pihaknya.

“APAD mengingatkan semua pengendali supaya sentiasa mematuhi syarat lesen, memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan diselenggara dengan sebaiknya serta dilengkapi ciri keselamatan.

“APAD kekal komited memastikan sistem pengangkutan awam darat yang selamat dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI