PETALING JAYA – Keluarga pelajar yang maut ditikam rakan sekolahnya hadir selama dua jam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini sebelum beredar pada pukul 4.15 petang tadi.
Mereka hadir selepas dimaklumkan pihak berkuasa mayat pelajar berusia 16 tahun itu akan dibedah siasat di Pusat Forensik Patologi PPUM.
Terdahulu, Kosmo! malaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun disyaki ditikam oleh pelajar lelaki berumur 14 tahun di sekolah menengah berdekatan.
Suspek lelaki tersebut telah ditahan oleh polis dan kes kini dalam siasatan lanjut mengikut undang-undang jenayah. – KOSMO! ONLINE.