SHAH ALAM – Taktik mendakwa diri atau individu lain sebagai imam Mahdi dikesan menjadi antara helah paling kerap digunakan pengasas ajaran sesat untuk memperdaya dan menjerat pengikut mereka. Modus operandi itu dijadikan sandaran kononnya mereka adalah pemimpin akhir zaman yang bakal memimpin tentera menentang kejahilan, sekali gus mengaburi minda pengikut yang taksub. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, dakyah berasaskan dakwaan palsu itu mudah menarik golongan fanatik atau pelampau yang terpengaruh dengan sosok imam Mahdi……