fbpx
PARA pemain Kepulauan Faroe meraikan kemenangan bersejarah selepas menewaskan Czech 2-1 awal pagi tadi.

Czech tanggung malu diaib lawan kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORSHAVN – Republik Czech berdepan potensi tidak layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas dikejutkan pasukan kerdil, Kepulauan Faroe 1-2 pada aksi kelayakan Kumpulan L di Stadium Torsvollur awal pagi tadi.

Walaupun turun sebagai pasukan pilihan, namun Czech gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang selain hanya melakukan satu percubaan tepat berbanding tiga dilakukan Kepulauan Faroe.

Ketua jurulatih Czech, Ivan Hasek berkata, kekalahan itu berpunca daripada kelemahan taktikal yang dilakukan dan beliau sedia mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas keputusan tersebut.

“Sebagai jurulatih, saya mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini. Ia satu keputusan yang sangat mengecewakan dan kami sepatutnya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan pada perlawanan hari ini (semalam).

“Saya tidak pasti sama ada masih berada di sini ketika aksi playoff kerana itu bukan keputusan saya. Bagaimanapun, saya tidak akan lari daripada tanggungjawab dan mahu mengemudi pasukan ke Piala Dunia,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kepulauan Faroe yang beraksi sebagai tuan rumah meledak dua gol menerusi Hanus Sorensen dan Martin Agnarsson, manakala jaringan tunggal Czech diperoleh menerusi Adam Karabec.

“Inilah bola sepak, kadang-kadang anda menang dengan pasukan kuat dan adakalanya tewas kepada pasukan kecil. Tahniah kepada Faroe Islands kerana mereka bermain lebih baik berbanding kami,” ujar Hasek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI