fbpx
Jengkaut merobohkan rumah si adik selepas mendapat perintah mahkamah. - TikTok

Berebut harta pusaka, kakak nekad roboh rumah adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Gara-gara berebut harta pusaka, seorang kakak di Madura, wilayah Jawa Timur tergamak membiarkan jengkaut merobohkan rumah didiami adiknya selepas mendapat perintah mahkamah, lapor laman berita Indopop.

Dalam sebuah video tular di media sosial, jengkaut dilihat melakukan kerja-kerja merobohkan rumah.

“Tiada istilah saudara jika ia berkaitan dengan harta,” kata keterangan video tersebut.

Sementara itu, perakam video berkata, rumah itu dirobohkan selepas si kakak menang dalam kes perbicaraan melibatkan harta pusaka.

“Ia dilakukan sambil dipantau oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tambah keterangan video, secara keseluruhan, terdapat empat binaan yang dirobohkan iaitu tiga binaan rumah dan sebuah dapur.

Si adik dilaporkan merayu supaya kediaman itu tidak dirobohkan. 

Bagaimanapun, permintaannya ditolak kerana proses pelaksanaan telah pun diluluskan secara sah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI