JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang anggota unit taktikal polis Indonesia atau Kor Briged Bergerak (Brimob) ditangkap sedang berdua-duaan dengan seorang ibu tunggal di Ngamprah, Bandung Barat, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita TV One News semalam.
Lelaki dikenali sebagai Brigedier Yusuf itu juga merupakan anggota sekretariat Ketua Daerah Purwakarta.
Dalam video tersebut, si isteri membuka pintu sebuah rumah sebelum melihat suaminya berdua-duaan dengan seorang wanita.
“Assalamualaikum. Kenapa awak berada di sini?” tanya si isteri.
Si suami kelihatan terkejut, manakala kekasih gelapnya dilihat cuba untuk bertenang sebelum berlalu dari situ.
Menurut si isteri, kecurangan suaminya pernah terbongkar sebelum ini, namun lelaki itu sudah meminta maaf.
“Dia cuma janda anak dua, tidak sama dengan saya. Mengapa masih meneruskan hubungan?” kata si isteri.
Sementara itu, Bahagian Profesional dan Keselamatan Polis Wilayah Jawa Barat berkata, ia sedang menyiasat kes itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada anggota Brimob tersebut. – AGENSI