Setelah hampir 10 tahun moratarium dilaksanakan selepas pemberhentian pengambilan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang, nasib peneroka masih samar menyebabkan mereka semakin terbeban akibat terputus sumber pendapatan. Kesan daripada perlombongan bauksit itu menyebabkan kawasan tanah kesan perlombongan ‘terjejas’ teruk, malah keseluruhan kawasan seluas kira-kira 2,715.4 hektar dimilki 671 peneroka itu tidak dilakukan penanaman semula. Untuk rekod, keluasan tanah terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksit seluas 752.7 hektar melibatkan 186 peneroka dan kawasan tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti perlombongan, tetapi…