fbpx
PEMAIN dari England dianggap kurang menyerlah dalam saingan EPL hingga jarang beraksi dalam kesebelasan utama. - FB ENGLAND FOOTBALL TEAM

England hadapi masalah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus England, Thomas Tuchel menggesa supaya lebih ramai pemain England berjuang keras untuk bermain di saingan Liga Perdana Inggeris secara ‘regular’ apabila jumlah itu menunjukkan trend penurunan.

Ketika ini, kurang daripada suku pemain yang berada dalam kesebelasan utama kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris layak untuk menyarung jersi The Three Lions sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan skuad England.

Jumlah itu hanya membabitkan 23.2 peratus sekali gus menunjukkan penurunan berbanding era pengurusan Gareth Southgate yang mencatatkan 30 ke 33 peratus dan catatan sekarang adalah paling rendah dalam sejarah.

“Saya saya mahu melihat lebih ramai pemain berbangsa Inggeris, lebih ramai lebih bagus. Saya datang daripada pengurusan di peringkat kelab dan saya tahu tiada siapa yang boleh sekat mana-mana pemain untuk bermain.

“Jika seseorang itu berhak bermain, pasti mereka akan bermain, namun mereka perlu berjuang untuk merebut tempat berkenaan,” katanya.

Ini bukan kali pertama kebimbangan dizahirkan oleh pengurus England kerana Southgate juga pernah menyatakan perkara sama hingga menyukarkannya membuat pemilihan bagi diserapkan ke skuad kebangsaan England.

Bagaimanapun, Tuchel tetap mengakui dia masih memiliki pilihan pemain yang kini sedang bermain di liga luar England, tetapi jumlah peratus mereka yang bermain di Liga Perdana Inggeris wajar ditingkatkan lagi.

“Jangan lupa kami juga memiliki Jude Bellingham, Harry Kane, Fikayo Tomori dan Ruben Loftus-Cheek yang bermain di liga luar. Kami masih memiliki pemain yang cukup untuk bersaing di peringkat tertinggi,” katanya.

Selepas menang 3-0 ke atas Wales pada aksi persahabatan, England akan berkunjung ke tempat lawan untuk menentang Latvia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI