fbpx
Biden berucap semasa Konvensyen Kebangsaan Demokratik di Chicago pada Ogos 2024. - Getty Images

Biden jalani radioterapi bagi rawatan kanser prostat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menjalani rawatan radioterapi bagi merawat kanser prostat yang didiagnos pada Mei lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Jurucakap Biden berkata, beliau sedang menjalani terapi radiasi dan rawatan hormon tanpa memberikan butiran lanjut. 

“Rawatan itu dijangka berlangsung selama lima minggu sekali gus menandakan fasa baharu dalam pelan rawatan beliau,” kata sumber kepada saluran berita NBC News. 

Biden, 82, disahkan menghidap kanser prostat yang telah merebak ke tulang selepas beliau mengalami simptom berkaitan sistem urin, di mana doktor menemui ketulan kecil pada prostatnya. 

Seseorang yang rapat dengan Biden berkata, bekas presiden itu sihat dan bertindak balas terhadap rawatan, lapor CBS News.

Sumber lain memberitahu saluran berita itu bahawa radioterapi itu bermula beberapa minggu lalu di Philadelphia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI