fbpx
Dr. Ziad dalam sidang video yang diadakan di Ibu Pejabat MyCare, Seri Kembangan baru-baru ini.

Terima kasih Malaysia, terima kasih MyCare

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Palestin menzahirkan penghargaan mendalam kepada delegasi kemanusiaan Malaysia yang menyertai misi Break the Siege kerana keberanian mereka menempuh lautan demi menyampaikan bantuan ke bumi Gaza yang masih bergolak.

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Gaza, Dr. Ziad Shehada, menyampaikan ucapan terima kasih kepada sembilan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi berkenaan di bawah kelolaan MyCare dan Freedom Flotilla Coalition (FFC).

“Dari lubuk hati kami yang paling dalam, kami ucapkan terima kasih Malaysia. Terima kasih MyCare, terima kasih kepada seluruh pasukan doktor dan sukarelawan yang sanggup berjuang membawa mesej kemanusiaan,” katanya dalam satu video di Facebook MyCare hari ini.

Beliau turut menyebut nama barisan peserta Malaysia yang mendapat penghargaan sepanjang misi pelayaran ke Gaza.

“Insya Allah, kita akan bertemu lagi di Gaza. Semua staf FFC akan disambut di rumah saya, makan bersama-sama dengan keluarga dan masyarakat tempatan, menikmati hidangan Palestin,” katanya.

Tambahnya, perjuangan rakyat Palestin tidak akan padam dan kehadiran misi kemanusiaan antarabangsa seperti Break the Siege menjadi bukti solidariti dunia terhadap penderitaan di Gaza.

“Jangan risau masalah Palestin, masalah Gaza. Alhamdulillah misi seterusnya semua akan sampai ke Gaza,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan sembilan rakyat tempatan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Tukiye dari Israel pada pukul 7.30 malam.

Mereka adalah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Dr Maziah Muhammad, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI