GELAGAT Syasya Rizal yang teruja dan tersipu malu apabila suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie bertanya khabar dirinya selepas menghadiri kuliah di sebuah universiti swasta baru-baru ini mengundang perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik bekas anggota kumpulan Dolla itu, Syasya dilihat tersenyum malu sehingga terbaring dengan memakai telekung selepas menerima mesej daripada suaminya.
“Baby okey ke dekat kelas itu?” tanya Nasrullah.
Kata Syasya, mesej tersebut membuatkan dirinya yang pada awalnya tidak berada dalam keadaan baik berubah kepada sebaliknya.
“Bila saya baru mengadu pada Allah SWT, penatnya ibu mengandung hari ini, tiba-tiba suami mesej.
“Malu takut ada orang nampak saya tersengih macam kerang busuk,” katanya.
Video yang meraih lebih 500,000 tontonan itu meraih pelbagai komen lucu termasuk ingin berkahwin segera bagi merasai pengalaman sama.