fbpx
GAMBAR fail sehelai burung huia paling mahal di dunia. - Foto Webb's

Bulu lebih mahal daripada emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WELLINGTON – Sehelai bulu burung huia yang jarang ditemui dan terpelihara dengan sangat baik dilelong pada harga NZD$46,000 (RM111,000), lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lelongan tersebut menjadikannya bulu termahal di dunia.

Sehelai bulu burung huia itu memiliki berat 9 gram, bermakna nilainya adalah beberapa kali ganda lebih mahal daripada emas, berdasarkan faktor berat.

Burung huia pupus sejak awal abad ke-20 kerana sejenis penyakit di New Zealand.

Burung ini jarang ditemui walaupun ketika peneroka Eropah mula tiba di New Zealand, namun bulunya menjadi buruan pengumpul dan pedagang fesyen yang akhirnya menyumbang kepada kepupusan haiwan tersebut. 

“Tiada tanda kerosakan (bulu itu)  akibat (dimakan) serangga,” kata Ketua Seni Hiasan di Webb’s Auction House, Leah Morris kepada akhbar The Guardian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI