fbpx
LING Tian Soon (dua kiri) menyampaikan anugerah pengiktirafan 'Bersih dan Selamat' kepada pengusaha restoran sempena program Sambutan Bulan Malaysia Sihat dan Sejahtera yang diadakan di pusat beli belah Toppen, Johor Bahru.

Belanjawan 2026 percepat pembinaan HSA 2 – Exco negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan projek pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) disegerakan pembinaannya demi memastikan sektor kesihatan awam negeri ini terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja awalan bagi projek tersebut telah disiapkan pada Ogos lalu.

“Kerajaan negeri Johor berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu dua projek kesihatan awam di negeri ini akan dipercepatkan pembinaannya, iaitu HSA 2 dan blok baharu Hospital Pontian.

“Melibatkan HSA 2, kerja-kerja awalan seperti pemeriksaan tanah, bengkel-bengkel berkaitan, reka bentuk hospital serta kos pembinaan telah diselesaikan pihak terlibat Ogos lalu.

“Sehubungan itu, kami berharap dengan pembentangan Belanjawan 2026 semalam, projek ini akan dipercepatkan pembinaannya kerana ia dijangka memakan masa lebih daripada tiga tahun,” katanya dalam sidang akhbar sempena program Sambutan Bulan Malaysia Sihat dan Sejahtera yang diadakan di pusat beli belah Toppen, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI