fbpx
Peserta yang menyertai program Kampungku Fun Walk Datuk Keramat 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Acara Kampungku Fun Walk Datuk Keramat 2025 meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Program Kampungku Fun Walk Datuk Keramat 2025 yang diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan hampir 300 penduduk setempat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata penganjuran program berkonsepkan jalan santai itu merupakan kali pertama dianjurkan di Zon Datuk Keramat.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Datuk Keramat kerana sama-sama menjayakan program yang sangat bermakna ini.

“Selain menyambut Hari Sukan Negara, kita juga mengadakan fun walk yang saya percaya julung-julung kali dianjurkan di kawasan ini,” katanya ketika berucap di sini hari ini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, aktiviti sukan amat penting dalam membina masyarakat sihat dan bersatu, tidak kira sama ada seseorang itu aktif bertanding atau sekadar menyertainya untuk berseronok.

“Sukan ini penting untuk semua lapisan masyarakat. Tak kira kita bertanding atau tidak, yang penting kita terlibat dan aktif,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peniaga kecil yang membantu menjayakan penganjuran program berkenaan.

“Saya harap program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan. Kalau dibuat setiap tahun, kita boleh adakan promosi yang lebih meluas dan sediakan hadiah yang lebih menarik,” katanya.

Johari turut mencadangkan agar jawatankuasa penganjur menubuhkan komiti khas untuk memastikan penganjuran fun walk akan datang dapat diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen Titiwangsa.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Insya-Allah kita akan terus laksanakan program sebegini bagi mengeratkan hubungan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI