fbpx
BARISAN panjang muncul kembali di pengedar berautoriti HONOR di seluruh negara.

HONOR X9d 5G kini dijual, cetus barisan panjang di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK dilancarkan pada bulan lalu, HONOR X9d 5G telah mencipta fenomena tersendiri memandangkan telefon pintar ini memiliki ciri tahan lasak dan prestasi dipertingkatkan.

Ramai yang tertarik dengan HONOR X9d 5G dan tidak melepaskan peluang untuk memiliki peranti ini.

Maka tidak hairanlah, barisan panjang muncul kembali di pengedar berautoriti HONOR di seluruh negara. 

Ramai pelanggan yang melakukan pra tempahan peranti itu hadir awal untuk mendapatkan unit mereka daripada kumpulan pertama, ini mewujudkan suasana yang meriah dan penuh semangat di lokasi jualan.

Sebelum ini, kempen pra tempahan untuk HONOR X9d 5G telah berlangsung daripada 24 September sehingga 9 Oktober lalu.

Apa yang mengujakan, dalam masa hanya lima hari selepas pelancaran, semua stok yang tersedia di saluran dalam talian dan luar talian telah habis terjual sepenuhnya.

Prestasi jualan peranti ini menjadi satu ‘fenomena’ jualan di semua platform juga habis awal.

RAMAI pengguna tidak melepaskan peluang untuk membeli HONOR X9d selepas peranti ini dilancarkan.

Kejayaan ini juga memecahkan rekod jualan habis terpantas sebelumnya yang dipegang oleh pendahulunya, HONOR X9c 5G, sekali lagi membuktikan daya tarikan kuat siri X dalam pasaran pertengahan.

Angka jualan membuktikan semuanya, dalam pasaran yang sangat kompetitif, Siri X secara konsisten memimpin di semua saluran jualan.

Ia mencapai lonjakan pesat dalam bahagian pasaran daripada 33 peratus pada 2023 kepada 56 peratus pada 2025. 

Ini bermakna satu daripada setiap dua telefon pintar pertengahan yang dijual di Malaysia adalah daripada Siri X HONOR dan sekaligus mengukuhkan dominasinya dalam segmen ini.

Prestasi luar biasa ini bukan sahaja membolehkan Siri X dianugerahkan rekod ASEAN untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terlaris, tetapi juga menjadi bukti kukuh kecemerlangan produk dan daya saing HONOR. 

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling dan Pengarah Pemasaran HONOR Malaysia, Yu Feng di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong, Selangor hari ini.

Ini adalah bukti jelas kejayaan jenama dalam meraih kepercayaan kukuh berjuta-juta pengguna di seluruh negara.

Kejayaan luar biasa yang dilakar oleh HONOR X9d 5G berpunca daripada enam peningkatan utama yang direka untuk mentakrif semula piawaian telefon pintar pertengahan.

Pei Ling (dua dari kiri) bersama Yu Feng (dua dari kanan) menerima anugerah daripada Eldrick (kiri) dan Gillian (kanan)

Penambahbaikan ini menjawab langsung keperluan teras pengguna, termasuk peningkatan ketara dalam ketahanan, bateri berkapasiti besar, serta prestasi yang lancar dan berkuasa.

Selain peningkatan perkakasan, HONOR telah memperkukuh komitmennya dengan perlindungan pasca jualan yang menyeluruh. 

Selain waranti lanjutan satu tahun secara percuma dan penggantian retak depan dan belakang 365 hari, jenama itu kini juga menawarkan waranti perlindungan kerosakan cecair selama setahun. 

Ini menjadikan HONOR X9d 5G sebagai satu-satunya telefon pintar di pasaran yang menawarkan perlindungan menyeluruh sedemikian.

Pernyataan jelas tentang keyakinan terhadap kualiti produk dan langkah muktamad menghapuskan kebimbangan pengguna, menjadikan peranti ini sebagai penanda aras nilai dalam kategorinya.

Kini HONOR X9d 5G sudah mula dijual secara rasmi di semua kedai pengalaman HONOR di seluruh Malaysia, serta melalui laman web rasmi HONOR dan kedai rasmi di Lazada, Shopee, serta TikTok Shop. 

Telefon ini juga boleh didapati di para pengedar berautoriti termasuk Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Pelanggan yang membeli peranti ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM946, termasuk HONOR Watch 2i dan pelan perlindungan komprehensif merangkumi penggantian retak depan dan belakang 365 hari, waranti lanjutan satu tahun, serta perlindungan kerosakan cecair satu tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN