fbpx
Anwar pada pembentangan Belanjawan 2026 hari ini.

Belanjawan 2026: Dewan Rakyat gamat, Anwar umum cukai arak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana Dewan Rakyat yang pada awalnya tenang tiba-tiba menjadi riuh rendah apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kenaikan duti eksais sebanyak 10 peratus terhadap produk minuman keras mulai 1 November depan.

Sebahagian Ahli Parlimen kelihatan tersenyum sambil bertepuk meja, manakala ada juga yang kedengaran bersorak kecil tanda menyokong langkah kerajaan mengetatkan cukai terhadap barangan tidak bermoral itu.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, hasil tambahan yang diperoleh daripada cukai rokok dan minuman keras itu akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan awam.

Menurutnya, antara program yang bakal menerima manfaat ialah Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM, selain rawatan diabetes dan penyakit jantung di hospital-hospital kerajaan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sehubungan itu, kerajaan juga mencadangkan agar perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN