fbpx
Tangkap layar seorang bapa menggendong anak istimewanya ke garisan penamat dalam larian KLSCM 2025.

[VDEO] Bapa dukung anak OKU hingga garisan penamat di KLSCM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Saya adalah kakinya, tapi dia tetap akan jadi hati dan jiwa bagi setiap larian.’

Demikian kata-kata pengguna TikTok @wiradihan yang mendapat perhatian ramai selepas berkongsi video dia bersama anak perempuannya yang merupakan penghidap Cerebral Palsy menyertai perlumbaan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan lelaki itu menolak kerusi roda khas anaknya termasuk menggendongnya sambil berlari menuju garisan penamat sehingga mendapat sorakan penonton.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial yang meluahkan rasa sebak melihat kekuatan bapa yang menamatkan larian bersama anak istimewanya.

“Nanti adik tarik pulak mak ayah adik dan berlari dengan mak ayah di syurga Allah yang luas ya,” komen Yen.

“Pemenang bukan hanya kita orang pertama sampai, pemenang tu juga adalah kebahagiaan saat kita sampai di garisan penamat dengan segala halangan yang sudah dihadapi. Tahniah pak cik,” kata @md4mi.

“Saya salah seorang sukarelawan KLCC sewaktu awak ambil pek perlumbaan. Saya sangat menghormati sebab bukan mudah menguruskan anak kurang upaya, tapi keluarga awak tunjukkan kekuatan, keberanian dan sikap tabah,” komen Marsofwales. – KOSMO! ONLINE

@wiradihan KLSCM 2025 I’m her legs, but she’ll always be the heart & soul of every run. Larian Demi Kebahagiaan BIKEISABLE Anak Syurga Luar Biasa 🔥 #KLSCM2025 #BikeIsAble #LunaStella #AnakSyurgaLuarBiasa #MYCP ♬ Kamin – EMIN & JONY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI