fbpx
ISRAEL menyerang Gaza hari ini. - Foto AFP

Israel serang Gaza walaupun gencatan senjata diumumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA –  Agensi pertahanan awam Gaza hari ini melaporkan beberapa serangan ke atas wilayah itu selepas pengumuman bahawa Hamas dan Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata.

“Sejak pengumuman malam tadi mengenai persetujuan terhadap rangka kerja gencatan senjata yang dicadangkan di Gaza, beberapa letupan telah dilaporkan, khususnya di  utara Gaza,” kata seorang pegawai agensi itu, Mohammed Al-Mughayyir, sambil merujuk kepada siri serangan udara yang sengit di Bandar Gaza.

Sementara itu, sumber perubatan melaporkan bahawa sembilan orang awam Palestin terbunuh akibat tembakan dan bedilan Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di seluruh Gaza sejak awal hari ini.

Menurut portal berita WAFA, sumber tersebut mengesahkan bahawa lima mayat telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist  dan satu lagi ke Hospital Nasser di Khan Younis.

Terdahulu hari ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan satu perjanjian gencatan senjata yang merangkumi penamatan perang di Gaza, pengunduran pasukan pendudukan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI