fbpx
[4:18 pm, 08/10/2025] Fahmi Kosmo!: Freedom Flotilla : Doakan Norsham dan keselamatan semua delegasi Malaysia Oleh MOHD FAHMI ISMAIL SERDANG – Humanitarian Care Malaysia (MyCare) memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan semua delegasi Malaysia yang kini dipercayai telah diculik oleh rejim Zionis Israel selepas kapal Conscience, dipintas di perairan antarabangsa awal pagi tadi. MyCare dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya turut memohon rakyat Malaysia mendoakan kesihatan salah seorang aktivis, Norsham Abu Bakar, yang dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik selepas menerima berita mengenai kejadian tersebut. Menurut kenyataan itu, sebelum kejadian, Norsham yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare sempat dirakam berada dalam keadaan tenang di atas kapal Conscience bersa… [4:19 pm, 08/10/2025] Fahmi Kosmo!: Tangkap layar Norsham muntah sebelum kapal Conscience dipintas tentera Israel.

[VIDEO] Freedom Flotilla : Doakan Norsham dan keselamatan semua delegasi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Humanitarian Care Malaysia (MyCare) memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan semua delegasi Malaysia yang kini dipercayai telah diculik oleh rejim Zionis Israel selepas kapal Conscience, dipintas di perairan antarabangsa awal pagi tadi.

MyCare dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya turut memohon rakyat Malaysia mendoakan kesihatan salah seorang aktivis, Norsham Abu Bakar, yang dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik selepas menerima berita mengenai kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu, sebelum kejadian, Norsham yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare sempat dirakam berada dalam keadaan tenang di atas kapal Conscience bersama kru dan aktivis lain.

Namun, tidak lama selepas itu, kapal berkenaan telah dipintas oleh tentera Zionis menggunakan helikopter.

“Doakan ibu Norsham kerana kesihatannya tidak menentu. Doakan juga keselamatan semua delegasi Malaysia yang kini berada dalam tahanan rejim Zionis di atas perairan antarabangsa,” katanya.

Setakat ini, komunikasi terakhir dengan kapal Conscience dan kapal lain dalam misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) dilaporkan terputus sekitar pukul 10.03 pagi tadi.

MyCare memaklumkan, mereka masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak antarabangsa serta rakan misi di luar negara bagi mengesahkan lokasi sebenar tahanan kesemua aktivis tersebut.

Lapan aktivis Malaysia yang menaiki kapal Conscience itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Dua lagi aktivis adalah pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Norsham.

Selain itu, kapal Umm Saad pula dinaiki seorang lagi wakil Malaysia iaitu Dr Maziah Muhammad.

Semua mereka yang ditahan itu mengikuti gelombang ketiga flotilla kemanusiaan yang berlepas secara berperingkat menuju ke Gaza dengan membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, Ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN