fbpx
Gambar hiasan.

Ramai tidak faham misi Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis dan sukarelawan yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) sedia maklum berhubung risiko misi kemanusiaan berkenaan, namun mereka tetap melaksanakannya demi rasa tanggungjawab kepada penduduk Gaza di Palestin.

Menerusi perkongsian seorang penulis Nazri Hamdan berkata, penyertaan aktivis dan sukarelawan GSF juga adalah daripada hati mereka sendiri untuk membantu penduduk Gaza yang sekian lama dizalimi oleh Israel.

“Dia sebenarnya bukan pasal menang atau kalah, itu ramai orang silap. Sebenarnya sesiapa yang menyertai misi GSF, tahu dia orang berhadapan risiko besar.

“Kapal dirampas, mereka dihalang dan ada kemungkinan risiko kena tanggung, mungkin dia orang tak balik. Akan tetapi dia orang tetap pergi juga sebab misi ini adalah misi hati dan kemanusiaan.

“Sebab ada benda lebih besar daripada perasaan takut iaitu rasa tanggungjawab untuk sesama manusia yang sedang menderita,” katanya pada hantaran video di media sosial.

Perkongsian oleh Nazri adalah bagi memberi penjelasan kepada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak memahami selain mengecam penganjuran misi kemanusiaan GSF.

Sementara itu, pendakwah bebas yang juga peserta GSF, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkata, misi kemanusiaan itu adalah untuk penduduk Gaza yang ditindas serta dizalimi oleh Israel.

“Ini bukan tentang kami, ini tentang mereka yang di sana. Jangan pernah berhenti bercakap tentang Palestin dan Gaza,” katanya pada hantaran Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI