fbpx
LOGO bank Kumpulan Kewangan Mitsubishi UFJ(MUFG) tertera pada sebuah bangunan di Singapura pada 2019. - AFP

Bekas kakitangan bank kaki judi kebas jongkong emas lebih RM9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sebuah mahkamah di Tokyo menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas bekas pekerja salah sebuah bank terbesar di Jepun kerana berulang kali mencuri jongkong emas dan wang tunai hampir AS$2.6 juta (RM10.9 juta), menyifatkan jenayahnya sebagai ‘sangat jahat’.

Yukari Yamazaki  yang bekerja untuk Mitsubishi UFJ dan mempunyai ketagihan judi, mula mencuri selepas berhutang akibat perdagangan mata wang dan pertaruhan kuda, demikian menurut keputusan mahkamah yang dilihat oleh AFP hari ini.

Menyalahgunakan kedudukannya dan pengetahuan dalaman untuk ‘melumpuhkan sistem keselamatan’, Yamazaki mencuri jongkong emas bernilai lebih  AS$2.2 juta(RM9.2 juta)  dan wang tunai lebih AS$397,000 (RM1.6 juta) daripada  peti simpanan keselamatan di banknya pada tahun 2023 dan 2024.

“Jenayah sangat jahat yang jarang  dilihat sebelum ini,” tulis hakim Mahkamah Daerah Tokyo Hironobu Ono dalam keputusan itu, yang diserahkan semalam.

Bank Mitsubishi UFJ hanya berjaya mendapatkan semula sebahagian kecil daripada jumlah yang dicuri defendan.

Walaupun defendan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan fakta dia  ‘berjanji untuk menjalani rawatan ketagihan judi’ , Ono berkata,  hukuman penjara sembilan tahun adalah ‘tidak dapat dielakkan’.

Kecurian oleh pekerja bank di institusi lain juga telah terbongkar, mendorong Persatuan Eksekutif Bank untuk menyemak garis panduan peti simpanan keselamatannya pada Jun lalu,  menyatakan bahawa wang tunai ‘tidak boleh disimpan’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI