fbpx
Suffian dijemput sebagai speaker di Kemuncak Kesihatan Garmin 2025 di Bursa Saham New York di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Acara Kemuncak Kesihatan Garmin 2025 beri suntikan idea, semangat kepada Suffian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas dan Pengarah Megaklinik Dr Suffian (MKDS), Dr. Suffian Sani telah berjaya menonjolkan nama Malaysia dalam dunia perubatan global apabila beliau dijemput sebagai speaker di Kemuncak Kesihatan Garmin 2025 yang berlangsung di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput berada bersama perhimpunan  tokoh kesihatan, penyelidik dan penggiat industri teknologi perubatan dari seluruh dunia.

Jemputan ini dianggap sebagai pengiktirafan terhadap MKDS yang kini diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia, dengan rekod merawat lebih 2,000 pesakit setiap bulan.

Suffian menerangkan, kejayaan ini meningkatkan keyakinan pelanggan dan masyarakat sebagai MDKS sebagai pusat rujukan terbaik di negara ini dalam gaya hidup sihat dan rawatan penurunan berat badan.

“Kejayaan MKDS tidak akan tercapai tanpa peranan Pengarah Operasi, Nuraishah Hanani yang menjadi tulang belakang dalam menguruskan strategi kewangan dan operasi harian.

“Beliau memastikan MKDS terus berkembang dengan teratur, mampan dan mengekalkan standard antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam usaha menjadikan perkhidmatan yang ditawarkan berkesan kepada pelanggan, Suffian telah menjadi living proof kepada keberkesanan protokol rawatan MDKS.

Beliau yang sebelum ini menghadapi masalah obesiti dan juga kencing manis telah berjaya menurunkan berat badannya secara sihat dan turut berjaya  meningkatkan kecergasan  hidup yang aktif dengan menyertai maraton selain menjadi contoh kepada pesakit dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Doktor tersebut telah mempraktikkan teknologi Garmin di MKDS dan ia menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatannya seperti mengukur tahap tenaga harian pesakit, mengenal pasti corak tekanan yang menjejaskan kesihatan, menilai sistem saraf autonomi pesakit dan  mengukur kualiti tidur untuk rawatan lebih holistik.

“Melalui data ini, MKDS dapat membangunkan protokol rawatan yang lebih peribadi, saintifik dan berkesan, sekali gus membezakan klinik ini daripada pusat rawatan konvensional,” jelasnya.

Selain itu, mengulas mengenai perancangan masa depannya, Suffian memberitahu, MKDS kini bersedia melangkah ke fasa seterusnya dengan menubuhkan subdivisi penyelidikan baharu.

Ini adalah misi baharunya selepas dijemput menghadiri Kemuncak Kesihatan Garmin 2025.

Tambah beliau, MKDS kini bersedia melangkah ke fasa seterusnya dengan menubuhkan subdivisi penyelidikan baharu yang mana ia memfokuskan kepada penurunan berat badan, tetapi juga kepada bidang anti-penuaan, pertumbuhan otot dan pengoptimuman kesihatan menyeluruh.

“Kami berharap agar untuk  Kemuncak Kesihatan Garmin akan datang, MKDS bukan sekadar hadir sebagai peserta tetapi akan membentangkan hasil penyelidikan klinikal sendiri kepada dunia saintifik antarabangsa.

“Ini adalah peluang untuk MKDS bukan sahaja membawa nama klinik, tetapi juga mengangkat nama Malaysia dalam bidang kesihatan global,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI