fbpx
Perkongsian Dr. Kloski di TikTok yang dalam misi bantuan ke Gaza bersama pasukan perubatan Russia.

[VIDEO] ‘Haroqs balik dulu, biar abang sambung bawa coklat ke Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Adik Haroqs balik tanah air dulu, biar abang yang lanjutkan perjuangan adik. Jangan sedih jangan risau! Coklat yang abang bawa pasti akan sampai ke tangan adik-adik kita di Palestin.”

Begitulah luahan seorang sukarelawan Malaysia, Dr. Kloski Kuzaibek yang menitipkan pesanan buat rakan perjuangannya, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs selepas dilaporkan sedih kerana gagal membawa coklat buat rakyat Gaza.

Ia susulan bot dinaiki Haroqs dipintas tentera Israel baru-baru ini dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika sedang belayar di laut Mediterranean.

Menerusi perkongsian Dr. Kloski di TikTok, beliau memaklumkan akan meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza bersama pasukan perubatan Russia dengan membawa bekalan bantuan makanan dan keperluan bayi.

“Bagitau Haroqs, jangan sedih. Walaupun coklat yang dia bawa tak sampai Gaza tapi abang Kloski yang berlepas dengan pasukan medik Russia ada bekal 313 kotak coklat, 313
kotak susu formula dan 313 kotak Nestum.

“Sebabnya abang pergi bersama team medik Russia di bawah lindungan pasukan ketenteraan Russia. Abang yakin akan selamat sampai jejak kaki abang ni ke Gaza,” katanya.

Menurut Dr. Kloski, beliau berasa tenang dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Gaza di bawah perlindungan pasukan ketenteraan Russia, sambil menegaskan keyakinannya bahawa misi kali ini akan berjaya menembusi sempadan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Demi Allah abang sikit pun tak ada rasa takut gentar malah tak sabar nak berlepas segera rasa semacam ‘vibes’ perasaan nak balik kampung sambut raya jumpa adik-beradik saudara mara seagama kita di Palestin yang dah lama terpisah gitu rasanya.

“Abang ada pelindungan dari Allah, pelindungan malaikat beserta barisan pertahanan terbaik Russia menemani pasukan abang. Insya-Allah next mission (misi seterusnya) ke Gaza kita jumpa ya dik. Buat masa ni adik balik Malaysia dulu rehat cukup-cukup,” kongsinya.

Beliau menambah, penyertaannya dalam misi kemanusiaan kali ini adalah sebahagian daripada gelombang terbesar bagi tahun 2025 oleh Russia.

Terdahulu, misi GSF yang disertai lebih 400 aktivis dari seluruh dunia termasuk 23 rakyat Malaysia gagal menembusi kepungan Israel untuk berlabuh di pantai Gaza selepas sebahagian peserta ditahan oleh rejim Zionis sebelum dibebaskan hasil rundingan diplomatik kerajaan Malaysia dan beberapa negara sahabat.

Kini, beberapa sukarelawan lain termasuk Dr. Kloski meneruskan perjalanan bersama pasukan antarabangsa yang disertai petugas perubatan Russia sebagai gelombang bantuan seterusnya ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

@neurosurgeryresident Here comes the biggest wave of 2025 humanitarian aid mission to Gaza by us – Russia !! My name is Dr. Kloski Kuzaibek, a Sarawakian-Malaysian citizen. I’m honored to have been chosen as part of the historical moment like this…. #fyprussia🇷🇺 #fypmalaysia🇲🇾 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Military – Florews

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI