fbpx
Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Pembantu kedai makan pula direman ‘sentuh’ pelajar tingkatan dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang pemuda ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua.

Reman terhadap suspek berusia berusia 18 tahun yang juga dipercayai kekasih mangsa itu bermula hari ini sehingga 10 Oktober.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Balik Pulau dalam keadaan sugul, kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Difahamkan, tangkapan ke atas suspek dilakukan di kediamannya di Seberang Perai Utara, semalam susulan siasatan polis berhubung laporan daripada mangsa yang mendakwa dirogol guru sekolahnya, November tahun lalu.

Jumaat lalu, media melaporkan polis menahan reman seorang guru sekolah menengah di negeri ini selama empat hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar tingkatan dua di parkir sebuah kompleks beli-belah di Bayan Baru, tahun lalu.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 32 tahun itu telahpun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sementara menunggu arahan pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN