fbpx
Yolanda Shen (dua dari kiri) pada majlis pelancaran koleksi produk solekan dan barangan kecantikan O.TWO.O di Kuala Lumpur baru-baru ini.

O.TWO.O jadikan wanita Malaysia bergaya tanpa produk premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peminat barangan kecantikan berjenama O.TWO.O yang terkenal dari China kini boleh mendapatkan pelbagai koleksi solekan dan produk lain di cawangan Guardian di seluruh negara.

Melalui kerjasama syarikat dengan Guardian, ini adalah usaha sulung syarikat untuk menembusi pasaran di Malaysia sebagai usaha untuk meluaskan penguasaan pasarannya di luar negara China.

Pengurus Perniagaan Luar Negara Jenama O.TWO.O, Yolanda Shen berkata, kehadiran produk di pasaran tempatan adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri produk kecantikan viral jenama tersebut.

“Misi kami jelas untuk menjadikan kecantikan mampu milik, berkualiti tinggi dan mudah didapati di pasaran. Produk kami, termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick dan koleksi berus solekan telah direka khas untuk memenuhi keperluan wanita yang berusia 18 hingga 35 tahun yang gemar mencuba trend kecantikan terkini.

“Matlamat kami adalah menjadikan O.TWO.O mudah didapati di mana-mana outlet Guardian, agar wanita tidak perlu lagi ber­belanja besar untuk tampil cantik dan yakin setiap hari.

“Kebanyakan koleksi O.TWO.O diinspirasikan oleh trend kecantikan dari China, termasuk gaya solekan asli dengan produk berinovatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk tersebut di salah sebuah rangkaian Guardian di pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Shen menerangkan, produk keluaran syarikat dijual pada harga mampu milik, trend terkini, variasi produk yang luas, pembungkusan yang menarik serta produk mudah digunakan untuk mereka yang baru mencuba.

“Kami menyedari pasaran Malaysia mempunyai banyak jenama popular antarabangsa dan tempatan. Namun, O.TWO.O menonjol dengan gabungan trend China dan mampu milik sekali gus memberi peluang kepada pengguna untuk bergaya tanpa perlu membayar harga premium.

“Kami juga berharap dapat membina kedudukan yang lebih kukuh di Malaysia, bekerjasama dengan rakan runcit yang sesuai dan menawarkan produk berkualiti pada harga berpatu­tan, selaras dengan trend kecantikan global,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI