fbpx
LIVERPOOL menanggung kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas berdepan Chelsea awal pagi semalam. - AGENSI

EPL: Liverpool rumit terlekat badi kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya keghairahan pasukannya untuk mencari jumlah gol yang lebih besar menjadi punca mereka terpaksa menanggung kekalahan 1-2 berdepan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Liverpool ketinggalan hasil jaringan Moises Caicedo sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan, namun sentuhan pemain muda The Blues, Estavao pada minit ke-95 memusnahkan impian The Reds untuk meraih satu mata.

Kekalahan itu dilihat agak menggoyahkan keyakinan Liverpool apabila mereka tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut termasuk tunduk kepada Crystal Palace serta tewas kepada Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Musim lalu kami juga kalah berdepan Chelsea, Stamford Bridge sentiasa menjadi gelanggang yang sukar. Kami sangat hampir untuk meraih mata, kami bolos pada masa tambahan berdepan Palace dan kali ini kami sekali lagi berdepan situasi sama.

“Selepas kedudukan 1-1, perlawanan menjadi milik kami dan saya menunggu untuk kami menjaringkan gol kedua. Saya fikir kami perlu membuat keputusan lebih baik apabila memiliki peluang,” katanya.

Liverpool menjadi pasukan kelima dalam sejarah saingan Liga Perdana Inggeris yang tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dalam tempoh seminggu menerusi jaringan yang dilakukan pasukan lawan selepas minit ke-90.

Sementara itu, penjaring tunggal Liverpool, Gakpo menyedari bahawa tiga kekalah berturut-turut bukanlah petanda yang baik dan percaya mereka perlu segera bangkit untuk kembali ke prestasi sebelum ini.

“Sukar untuk menerima kekalahan ini. Apa yang jelas, kami berdepan pasukan yang baik. Kami memberikan saingan pada babak kedua dan mendapatkan gol penyamaan, namun kami gagal menyekat mereka untuk menjaringkan gol kemenangan itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI