fbpx
Keadaan sebatang sungai di Kampung Matang Gelugor yang dikatakan menjadi punca banjir di kawasan itu semalam. Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

Sebuah PPS ditutup, mangsa banjir tinggal 107 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Mangsa banjir di negeri ini hanya tinggal 107 individu setelah sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup malam semalam.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, PPS yang ditutup tersebut ialah PPS Dewan Serbaguna Taman yang menempatkan mangsa dari Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kg. Sentosa.

Katanya, tiga lagi PPS yang masih dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan Simpang yang menempatkan 22 orang mangsa dari Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Taman Indah, Kg. Jelapang Jaya dan Taman Kota Jaya.

“Seterusnya ialah PPS Sekolah Kebangsaan Matang (38 mangsa) dari Kg. Matang Jambu dan Kg. Telok Kertang serta PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor (47 mangsa) dari Kg. Matang Pasir dan Kg. Matang Gelugor,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI