fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penumpang itu keluar dari tandas selepas ‘berkurung’ selama enam jam. - Reddit

Penumpang tren 6 jam kunci diri dalam tandas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penumpang kereta api di India mengundang perhatian orang ramai kerana dia sengaja mengunci dirinya di dalam tandas selama enam jam, lapor portal berita India Today. 

Kejadian belaku di dalam gerabak kereta api Indian Railways, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Reddit menunjukkan beberapa kakitangan cuba menarik pintu tandas sebelum menggunakan pemutar skru untuk membuka kuncinya. 

“Terdapat penumpang yang terperangkap lama di dalam tandas ini. Kami cuba untuk membukanya,” kata seorang kakitangan. 

Mereka mengarah penumpang tersebut untuk membuka pintu dari dalam selepas menyedari dia sengaja ‘mengunci’ dirinya. 

Dia kemudian keluar sebelum ditahan untuk disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN