fbpx
Suffian menunjukkan tapak bagi membolehkannya mendapat rawatan dialisis di rumah di Kampung Dalam Ayer Baloi, Pontian.

Hanya makan sekali sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu nasib dialami pemandu van sekolah yang bukan sahaja terpaksa berhenti kerja akibat masalah jantung dan jangkitan kuman pada kaki, malah kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Suffian Shadan, 47, berkata, akibat masalah kewangan, dia hanya makan sehari sekali, sama ada memasak sendiri, mahupun membeli di luar jika tidak sempat selepas balik daripada rawatan dialisis.

Katanya, dia menjalani dialisis di Hospital Pontian dengan bayaran sebanyak RM13 sehari memandangkan buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.

“Sebelum ini saya membuat tapak untuk dialisis dengan harga RM3,000 yang ditanggung Baitumal Pontian di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

“Saya masih belum berkahwin dan menjadi pemandu van sekolah sejak 2023.

“Bagaimanapun, akibat jangkitan kuman pada kaki dan sera­ngan penyakit jantung, saya terpaksa berhenti be­kerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Ayer Baloi di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia kini bergantung kepada pendapatan sewaan rumah kedai milik arwah bapa­nya sebanyak RM1,000 sebulan di Taman Seri Pulai, Johor Bahru, namun ia turut berkongsi dengan adik-beradik lain.

“Saya kini tinggal menyewa rumah dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan di Pontian setelah berpindah ke sini pada tahun lalu,” ujarnya.

Katanya, dia cuba untuk ber­kerja agar tidak bergantung kepada sumbangan orang ramai, namun keadaan kesihatan diri­nya tidak mengizinkannya untuk bekerja.

“Saya kini sedang memohon Bantuan Sara Hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan digunakan bagi menampung perbelanjaan dan ketika mendapat rawatan dialisis di Hospital Pontian,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Suffian di talian 012-792 5926.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN