fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Reshyspeaks di TikTok.

[VIDEO] ‘Apa susah sangat mahu keluar IC?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nak simpan IC (kad pengenalan) pun susah?,” itu antara reaksi seorang wanita yang membuat balasan video terhadap seorang lelaki dipercayai mempertikaikan sistem Budi Madani RON95 (Budi95) dianggap menyusahkan kerana perlu mengeluarkan kad pengenalan.

Lelaki berkenaan turut mempersoalkan syarat kelayakan Budi95 dan menganggap penjimatan sebanyak 61 sen bagi setiap liter tidak berbaloi.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @Reshyspeaks, meninggalkan komen bahawa pertikaian dibangkitkan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berpuas hati dengan perkara remeh.

“Memandu tanpa lesen itu salah di sisi undang-undang. Adakah kau nak mempertikaikan undang-undang negara yang memerlukan kita memiliki lesen untuk memandu atau menunggang motosikal?

“Harga tanpa subsidi RM2.60 seliter dan harga subsidi Budi95 adalah RM1.99 seliter. Kau darab 61 sen dengan 300 liter,” ujarnya dalam video TikTok berdurasi 1 minit 32 saat itu.

“Kad pengenalan hilang takkan nak menyalahkan orang pula. Aku dah cuba beli minyak pakai Budi95 senang saja, tak menyusahkan pun,” komen @Advenshane

“Beli motor dan kereta ada duit, bila nak buat lesen tiada duit pula. Takut sangat kad pengenalan hilang atau rosak,” kata Aina Nawfal.

“Risiko kad pengenalan hilang itu betul tapi telefon hari-hari main tu hilang tak? Selepas guna (kad pengenalan) itu simpan terus,” kata Steven. – KOSMO! ONLINE

@reshyspeaks I dah penat, nak gelak pun rasa serba salah kerana ni semua abang2, adik2 aku jugak. Tapi serious weyh, dh mcm komedi show. 😭😭😭 @Shuib ♬ original sound – Reshy Speaks

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI