fbpx
Gambar hiasan.

‘WhatsApp dah tak selamat sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna WhatsApp mula bimbang akan ciri baharu yang membolehkan ‘status kini’ dilihat oleh nombor yang tidak disimpan dalam senarai kenalan.

Menurut WABetaInfo, perkongsian status secara terbuka ini berlaku apabila pengguna memilih tetapan ‘My contacts’ atau ‘My contacts except’.

Kini, pilihan itu turut membolehkan status dikongsi dengan individu yang baharu dihubungi, sama ada melalui panggilan atau mesej.

Namun, ciri baharu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna WhatsApp kerana privasi mereka sangat mudah dicerobohi.

Menerusi hantaran di Threads oleh @Officialmia.talha, WhatsApp sudah lagi tidak selamat untuk digunakan.

“Nombor mana yang tengok status WhatsApp semalam. Masalahnya nombor yang dah block pun boleh tengok Status,” kata Hussinnn_.

“Saya buat orang yang boleh add ke group my contacts je, tiber ada nombor yang saya tak save (simpan) boleh add (tambah) ke group,” tambah Nowyouseeme30_. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN