fbpx
Tangkap layar kejadian seorang murid perempuan dilanggar penunggang motosikal di hadapan SK Permatang Pauh, baru-baru ini. Foto MEDIA SOSIAL

Polis kesan penunggang motosikal langgar murid melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis mengesan identiti seorang penunggang motosikal yang tular melanggar seorang murid perempuan yang ketika sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan mendapati insiden berlaku pada 30 September lalu.

“Video berkenaan memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Kejadian dipercayai berlaku ketika seorang murid perempuan berusia lapan tahun yang sedang melintas jalan bersama rakannya ketika pulang dari sekolah,” katanya.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian buku lali kiri dan telah menerima rawatan.

“Mohon saksi awam yang mempunyai maklumat supaya tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Azrol Md Rejab ditalian 019-5429571,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI