fbpx
MORALES diraikan rakan sepasukan setelah menjaringkan gol pada perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA menentang UM-Damansara United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Piala FA: JDT langkah bergaya ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA dengan agregat 10-3 setelah menewaskan UM-Damansara 5-3 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

JDT yang memiliki bekalan selesa dengan lima jaringan pada perlawanan pertama sebelum ini membariskan skuad kedua bagi aksi timbal balik berdepan pasukan Liga A1 Semi Pro itu.

Anak buah Xisco Munoz itu tidak menunggu lama untuk membuka jaringan seawal minit ketiga berpunca hantaran lintang Manuel Hidalgo kepada Romel Morales yang menanduk bola itu menewaskan penjaga gol pelawat, Haziq Fitri Nek Lah.

Morales melengkapkan hatrik yang diburu pada penghujung permainan apabila dia pantas menyambar hantaran Sidibe di dalam kotak penalti menjadi kedudukan 5-3.

JDT akan berdepan Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI