fbpx
Sani Araby semasa sidang akhbar khas terkini misi GSF di SNCC, Sepang hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Peguam Malaysia bersedia di Jordan wakili 23 sukarelawan Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Barisan peguam Malaysia bersama wakil The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (Adalah) disifatkan sudah bersiap sedia di Jordan ketika ini.

Difahamkan, persediaan itu dibuat sekiranya kumpulan itu dipanggil ke Pelabuhan Ashdod bagi mewakili 23 sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel.

Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, sebarang sesi soal siasat membabitkan sukarelawan yang ditahan memerlukan kehadiran daripada barisan peguam berkenaan.

“Mereka belum dipanggil, namun (mereka) sudah pun bersiap sedia kerana barisan peguam ini memang berada di sana, cuma belum dipanggil untuk masuk menjadi wakil (kerana) sebarang sesi soal siasat mesti lah ada wakil,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI