fbpx
HELIZA melakukan siaran langsung selepas talian komunikasinya pulih.

[VIDEO]’Musuh akan melakukan kekerasan, kami cuba berunding’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memasuki zon merah, penyanyi Heliza Helmi mendedahkan kapal yang disertainya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas oleh tentera Israel Ketika menghampiri Gaza.

Heliza atau nama lengkapnya Nur Heliza Helmi, 39, situasi tegang tersebut berlaku apabila kapal misi cuba mara, namun berdepan halangan keras daripada pihak lawan.

“Tadi kita dipintas musuh. Kalau kita masuk ke dalam mereka akan melakukan kekerasan, jadi kami sedang berunding.

“Seperti anda semua tahu, mereka memang berkeras. Tak boleh, kami bersedia dengan ‘life jacket’ (jaket keselamatan),” katanya dalam siaran langsung Instagram.

Pada masa sama, penyanyi dan aktivis itu berdoa agar pasukan misi dilindungi daripada sebarang ancaman.

“Musuh berkumpul tunggu di hadapan. Saya terus teringat kisah perang Badar.

“Doa saya, Allah hantar tentera bala menemani kita untuk menjaga kami.

“Moga Allah mengaburi mata-mata mereka semua,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Heliza turut menceritakan situasi di mana talian komunikasi terputus namun tiba-tiba kembali pulih selepas mengamalkan bacaan doa.

“Line tiba-tiba ada, tadi dah putus tapi Allah izinkan. Saya tak pasti kawan-kawan lain dapat internet atau tak.

“Guru-guru saya ingatkan baca Yaasin dan ‘Hasbunallah Wanikmal Wakil’, selepas bacaan itu terus ada line.

“Memang sangat mengejutkan sebab mereka dah potong (line) sebenarnya,” ujarnya.

Kumpulan misi Global Sumud Flotilla sudah memasuki zon merah sebentar tadi.

Sebelum ini, tular video kapal aktivis GSF diganggu kapal tentera Israel dan sistem komunikasi turut rosak.

Sepanjang pelajaran yang bermula pada awal bulan lalu, mereka ditakutkan dengan kehadiran dron dipercayai milik tentera Israel.

Selain Heliza, delegasi dari Malaysia yang berlepas dari tanah air pada 31 Ogos lalu turut disertai penyanyi Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Ardell Aryana serta pempengaruh, Farah Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI