PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segala isu berbangkit mengenai program Budi Madani RON95 (Budi95) diselesaikan segera.
Ia termasuk agihan kuota khas Budi95 bagi pemandu e-hailing, P-hailing, pemandu teksi, pengusaha bot nelayan di Sabah dan Sarawak serta pemegang lesen memandu Singapura.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri di sini, pagi tadi.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri isu itu diselesaikan bagi membolehkan kumpulan itu turut menerima manfaat Budi95.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, bagi rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu Singapura, kerajaan sedang membangunkan mekanisme khas supaya mereka juga boleh menikmati subsidi itu.
“Pada mesyuarat sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mahu supaya kuota khas Budi95 diberikan juga kepada pemandu teksi selain pemandu e-hailing dan P-hailing.
“Saya dimaklumkan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah akan mengeluarkan kenyataan berkenaan status terkini program Budi95 petang ini,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini. – KOSMO! ONLINE