MALAYSIA Esports League 2025 (MEL25) secara rasmi melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan menobatkan sembilan juara kebangsaan merentasi sembilan judul permainan. Ini sekali gus mengekalkan status MEL25 sebagai kejohanan e-sukan terbesar peringkat akar umbi yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Liga yang berlangsung sejak Januari lalu itu menggabungkan pertandingan dalam talian dan acara fizikal di peringkat kebangsaan. Sepanjang lapan bulan penganjurannya, MEL25 telah menjadi medan utama dengan menyediakan platform kompetitif kepada pemain tempatan. Acara itu juga membuka ruang kepada……