MELAKA – Walaupun pelaksanaan Budi Madani RON95 (Budi95) memberi penjimatan kepada pengguna dengan had 300 liter sebulan, namun masih ada pengguna yang perlu berbelanja lebih ekoran kekerapan mereka melakukan perjalanan jauh untuk bekerja. Seorang pekerja swasta, Normaalif Abu Bakar, 36, berkata, penetapan 300 liter sebulan itu mungkin tidak mencukupi buatnya yang perlu berulang-alik antara Melaka dan Kuala Lumpur hampir setiap hari atas urusan kerja. “Bila selalu memandu jauh, minyak akan cepat habis dan saya terpaksa guna kuota isteri untuk cukupkan.……