fbpx
Gulam prihatin nasib menimpa keluarga terbabit di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Empat beranak tinggal dalam kereta sejak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keperitan empat sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta akibat kesempitan hidup, mendapat perhatian Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang akan membantu menyediakan rumah transit.

Menerusi perkongsian di Facebook, Gulam Muszaffa berkata, keluarga ini dikatakan hidup dalam kesempitan sedemikian sejak dua tahun lalu, selepas berpindah dari Temerloh, Pahang, menanggung pelbagai kesukaran untuk meneruskan kehidupan seharian.

Lebih menyayat hati apabila mereka, termasuk dua orang anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Perak, menjadikan kereta sebagai ‘rumah’ kediaman di perkarangan Masjid Amru Al-As, BB Sentul.

“UMNO Batu telah berhubung dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kita akan cuba membantu untuk dapatkan bantuan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyediakan rumah transit buat mereka.

“Insya-Allah UMNO Batu juga akan berusaha untuk mencari rumah sewa agar mereka boleh hidup dengan lebih selesa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Inisiatif ini diharap mampu meringankan beban keluarga tersebut serta memberikan anak-anak mereka peluang untuk membesar dalam persekitaran yang lebih stabil dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI