fbpx
Gambar pelajar SMKA mendoakan keselamatan untuk misi kemanusiaan GSF di muat naik di Facebook Fadhlina Sidek, hari ini.

SMKA buat solat hajat untuk Global Sumud Flotilla – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara melaksanakan solat hajat dan doa selamat untuk misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, solat hajat dan doa selamat untuk misi kemanusiaan GSF itu diadakan setiap hari di semua SMKA, bermula semalam.

“Memohon supaya misi kemanusiaan GSF diberi keselamatan, kesejahteraan serta dipermudahkan semua urusan.

“Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang mukmin,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina berkata, seluruh rakyat Malaysia ketika ini sangat mengharapkan kejayaan misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

Menurutnya, misi itu kian menghampiri zon merah sebelum sampai ke pesisiran pantai Gaza.

“Tiada apa lebih penting selain untuk bersolidariti dan berdoa agar konvoi itu selamat sampai serta misi kemanusiaan yang direncana berjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI