fbpx
Gambar hiasan

Pemandu e-hailing layak subsidi tambahan RON95 dikenal pasti minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan akan berurusan dengan penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO) bagi mengenal pasti pemandu yang layak untuk had kelayakan tambahan petrol bersubsidi RON95.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Kementerian Kewangan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memuktamadkan proses permohonan had kelayakan tambahan dengan EHO minggu ini.

“Kerajaan juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan supaya pengendali bot terutama di Sabah and Sarawak layak untuk harga bersubsidi.

“Kerajaan sedang bekerjasama dengan agensi dan kerajaan negeri berkenaan bagi mengumpul data pemilik bot supaya pengguna tersebut tidak tercicir daripada menikmati manfaat Budi95,” katanya semasa taklimat harian Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Kerajaan Madani merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penerima Budi95 yang telah memanfaatkan inisiatif tersebut.

Kata beliau, setiap liter membawa seribu makna kepada setiap rakyat Malaysia dan ia tanda penghargaan Kerajaan Madani supaya rakyat sentiasa dilindungi.

“Kerajaan Madani akan memastikan pelaksanaan dasar ini terus segar dan dimantapkan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI