DOHA – Negara-negara Islam utama menyokong rancangan Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza, walaupun ramai rakyat Palestin mengecam cadangan tersebut sebagai ‘sandiwara’.
Sekutu-sekutu Eropah Washington menggesa Hamas menerima rancangan itu yang juga disokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Netanyahu turut memberi amaran bahawa lebih banyak kemusnahan akan berlaku jika Hamas menolak pelan damai Trump.
Lapan negara Arab berkata dalam kenyataan bersama bahawa mereka ‘mengalu-alukan peranan Presiden Amerika Syarikat dan usaha ikhlasnya yang untuk menamatkan perang di Gaza’.
Negara-negara tersebut termasuk Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan Turkiye yang semuanya mengiktiraf Israel.
Qatar, dan Arab Saudi turut menandatangani kenyataan itu.
Dua negara penduduk majoriti Muslim paling ramai dunia iaitu Indonesia dan Pakistan juga menyokong kenyataan sama.
Indonesia malah menawarkan tenteranya sebagai sebahagian daripada pasukan keselamatan Gaza di masa hadapan, manakala Pakistan bersungguh-sungguh untuk berbaik dengan Trump dan memperbaiki hubungan Islamabad dengan Washington.
Hamas masih belum mengulas secara mendalam, mengatakan kumpulan itu masih belum menerima rancangan tersebut. – AFP