SEPANG – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan dua buah kapal flotilla iaitu masing-masing dari Tunisia dan Itali mengalami kerosakan serius, seterusnya tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.
Pengarah Sumud Nusantara Media Coordination Center, Datuk Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, flotilla terbabit melibatkan Nusantara dari Tunisia dan Taigete milik Itali.
“Selain itu, SNCC menerima laporan kapal Sirius dan Free Willy mengalami kerosakan dan berjaya dibaiki dan meneruskan pelayaran.
“Kerosakkan kapal Fair Lady pula menyebabkan ia sedang ditunda oleh kapal Estrella Manuel dan meneruskan pelayaran,” katanya pada sidang akhbar di SNCC di Sepang, hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Sany mengesahkan, tiada laporan serangan atau aktiviti drone yang mencurigakan dilaporan kepada konvoi berkenaan.
“Kami mengesahkan menerima bantuan kemanusiaan daripada Agensi Turkish Red Crescent yang disalurkan melalui kapal laut tentera Turkiye.
“Delegasi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya. – KOSMO! ONLINE